Followers

Tuesday, June 12, 2007

CORETAN BERSAMA

Masih terngiang ngiang di cuping telinga ku, ketika aku sendirian ... jauh disudut hati... "Jangan kau leka didunia ini... semuanya hanyalah sementara... tiada yang kekal dan sempurna.. kerna semuanya adalah ciptaan dan hak Nya..." Masih terbuku di dalam hatiku.. kata-kata azimat mu.. walaupun tika itu seribu salah ku lakukan.. kau tetap menyanyangi diriku.. katamu... orang yang salah perlu dibetulkan.. yang berani kerana benar.. yang salah kerana takut.. yang baik dan yang buruk.. yang halal dan yang haram.. katamu... selalulah ingatkanNya.. selalulah bermunajat.. selalulah bertaubat.. agarkan kau tidak menjadi jahil.. Jangan sesekali kau tinggalkan yang wajib.. kelak jalan hidupmu tercicir.. abadi yang kita cari.. dan bukan dunia yg kita cari.. kini.. kata-katamu tetap ku simpan.. akan ku sampaikan kepada yang lain.. kepada anak - anak ku.. yang masih bersama ku disini.. kau disana.. negeri lain.. terima kasih atas segalanya.. maafkan lah segala dosa - dosaku.. sesungguhnya dihati kecilku ini.. masih merindui akan kehadiranmu.....

No comments:

putera haziq SACS

@!!! I Am ..@!!